dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Masak sesi 1 – Popia Big Mac

17 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2025, telah berlangsung kelas NADI MAHIR Masak sesi 1 – Popia Big Mac. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR menerangkan mengenai bahan-bahan dan kuantiti bagi resepi Popia Big Mac Viral. Selain itu, guru MAHIR menerangkan perkakasan yang diperlukan seperti sudip, induction stove, mangkuk pelbagai saiz dan sebagainya. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan mengenai inti popia yang diperlukan seperti daging kisar, bawang holand yang dipotong dadu, bawang putih dicincang halus, lada hitam kasar dan garam halus. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan bahan yang diperlukan untuk pembuatan sos iaitu sos keju, sos sili dan tomato, mayonis dan timun jeruk.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan memasak para peserta. Antara lain, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik di antara staf, guru MAHIR dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.